Tuesday, February 4, 2014

Resepi Penkek Gebu & Resepi Syrup Penkek

resepi penkek best
Resepi penkek gebu (gambar ni dengan madu.. kalau nak dengan penkek syrup, lihat resepi syrup di bawah)


Penkek.. makanan kegemaran anakku yang kedua, siang dan malam.. bila rajin nak melayan I buat jugak untuk si kecik tu.. bila takde mood.. sungguh malas nak buat haha.. pernah try banyak variety penkek, pernah jugak try penkek tanpa susu pun ok jugak tapi kali ni I nak cuba penkek buttermilk mengejar cita-cita nak buat penkek gebu.

Hasil google-ing sebab bagaimana nak buat penkek lembut dan gebu (soft and fluffy) I dapat rumuskan:

1) gunakan buttermilk 

2) gunakan tepung kek

3) pukul putih telur dahulu (ni I tak buat ler.. malas)

4) pukul bahan-bahan basah dahulu (In English whisk) , kemudian JANGAN PUKUL bahan-bahan kering, hanya campurkan dengan menggunakan senduk (in english = don't whisk the flour, just FOLD IN with the spatula) I guna tangan je, lagi senang, sebab walaupun orang kata takpe kalau ada ketulan tepung sikit sikit, I lebih suka guna jari hancurkan biji-biji tepung tu.

5) suhu pan mestilah cukup panas - orang kata cukup panas tu kalau renjis air atas pan, dia terus jadi buih kecik dan hilang menjadi wap.. cukup panas lah tu..


OK SET! Jom cuba buat penkek buttermilk!!

Resipi asal adalah dari sini.

Tapi biasalah I tukar-tukar sikit hehe.. 

Resepi penkek gebu I adalah seperti berikut:


1 biji telur + 1 biji putih telur (maknanya yang telur kedua tu I buang kuningnya)
2 sudu makan gula
2 1/2 sudu makan mentega
2 cawan buttermilk
2 cawan tepung kek
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
garam


Cara-cara buat penkek gebu:

1 - pukul telur, gula dan mentega.. I pukul telur dulu lepas tu bila dah masuk mentega dan gula macam tak larut-larut sebab mentega tak cair so I kisar je tiga-tiga ni hehe.. ok gak..

2 - campurkan buttermilk

3- campurkan tepung kek, baking powder, baking soda dan garam.

4 - biarkan 10 minit 

5- panaskan pan, gunakan brush untuk melengserkan sedikit minyak di atas pan ( I pakai non-stick so kadang-kadang I tak letak minyak pun) dan tuangkan ke atas pan ikut size yang anda inginkan atas api sederhana kecil, bila penkek dah berbuih di bahagian atas, terbalikkan dan masak dalam seminit lagi. 

Hidangkan dengan syrup penkek kegemaran anda!

Maple Syrup takde?? Anak tak suka madu?? Senang aje buat sendiri sirap penkek simple:

Resepi asal di sini  Tapi I malas nak masukkan semua bahan-bahan dan I tak nak buat banyak.. so..resepi I jadi macam ni:

Resepi syrup penkek mudah:

3/4 cawan gula perang
1/2 cawan air
2 sudu makan madu
1/2 sudu makan mentega

Cara membuat syrup penkek:

1) panaskan air, gula dan madu di atas api hingga sebati. Rasa dan kepekatan ikut suka u lah kan... nak manis lagi tambah gula, nak pekat lagi tunggu lama sikit..

2) matikan api dan larutkan mentega. 

Siap!!!!







No comments:

Post a Comment