Thursday, August 17, 2017

Cara-cara letak attachment gambar guna "Mail" app Iphone

Ha.. ini adalah satu perkara yang saya tahu tanpa tak sengaja..selama ni kalau nak hantar gambar ke kawan-kawan guna email, saya akan ke "photos" dulu kemudian pilih gambar-gambar yang nak dihantar dan kemudian select e-mail.

Tapi... tahukah anda ada lagi satu cara? Dari "Mail" app sendiri, kita boleh attach gambar atau document dengan menggunakan Iphone atau Ipad kita?

Langkah 1: Buka "Mail" App dan tekan icon "New Message" seperti di gambar ini:




Langkah 2: tekan jari anda di tempat menulis mesej anda beberapa saat, seperti dalam gambar:






Langkah 3: Nanti akan keluar dialog di bawah ini, tekan butang segi tiga tu: 





Langkah 4: Nanti keluar "Insert Photo or Video" ah.. select yang tu..nanti dia akan bawa kita terus ke "Photos" app kita dan kita pilih lah apa kita nak.. kalau nak tambah lagi gambar.. buat sekali lagi langkah 2-4.



Aaah.. kalau nak attach dokumen pun boleh tekan butang segitiga tu lagi sekali akan keluar option "insert document" tapi itu hanya boleh dilakukan kalau anda sudah activate iCloud anda..

Senang kan? Selamat mencuba!

Share kalau anda rasa artikel ini bermanfaat untuk kawan-kawan anda!

No comments:

Post a Comment